Resepi Blackforest With Mirror Glaze Sedap Mudah

shares |

Resepi Blackforest With Mirror Glaze Sedap Mudah
Resepi Blackforest With Mirror Glaze Sedap Mudah

Resepi Blackforest With Mirror Glaze Sedap Mudah

Bahan Sponge Cake
  • 100gm Tepung Naik Sendiri
  • 60gm Tepung Jagung
  • 30gm Serbuk Koko
  • 100gm Gula Kastor
  • 50ml (1/4 cawan) Susu cair / Sejat / Full Cream (Sejuk)
  • 5biji Telur A
  • 2sdb Ovelet
  • 1sdt esen vanila
  • 65gm (1/4 block) Butter (dicairkan)

Kongsi Resepi Kek Blackforest With Mirror Glaze Sedap Mudah

Cara - cara
  1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. KECUALI butter yang dah dicairkan
  2. Pukul semua bahan hingga kembang (dari kuning bertukar putih)
  3. Masukkan butter. Kaup balikkan.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian adalah untuk 1 loyang (bermakna anda perlukan 2 loyang)
  5. Bakar 175c selama 20-30minit.
  6. Sejukkan dan setiap satu kek yang dah siap dipotong kepada 2 bahagian

Bahan bahan Filling
  • 1 tin Dark Cherries
  • 1/4 cawan Gula
  • 2 cawan Fresh Cream (saya guna jenama Vivo)

Cara - cara
  1. Pukul fresh cream hingga kembang (bila kita terbalikkan bekas, dia tak tumpah). Ketepikan.. lepas tu..
  2. Masukkan Dark Cherries dalam sauce pan. Masukkan gula. Kacau hingga larut. Tak perlu sampai mendidih. Tuangkan ke dalam bekas..
  3. Asingkan buah dan jus dark berries.
  4. Buah tu kita potong dua bagi setiap biji...
  5. Tadi kita ada 4 keping kek kan (2 bijik kek dipotong 2).
  6. Sapukan jus berries pada semua permukaan kek untuk menaikkan rasa kek kita.
  7. Lapisan bawah kita lepakan fresh cream dulu then susun buah dark cherries
  8. Tutupkan dengan lapisan kek ke dua yang dah di sapu dengan jus Cherries.
  9. Then lepakan fresh cream lagi.
  10. ulang buat no 7
  11. Ulang buat no 8.

Topping buttercream
  • 400gm Krimwell
  • 200gm shorthning
  • 300gm gula aising (ayak 3x)

Cara-cara
  1. Pukul krimwell dan shorthning hingga kembang dan sebati. Cek kat dasar mangkuk.. kaup balikkan then pukul lagi beberapa minit them asukkan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan rendah hingga habis.
  2. Lepa permukaan kek dan sejukkan kek selama 10minit dalam peti sejuk

Bahan bahan Mirror Glaze
Resepi "Mirror Glaze"

Bahan -bahan ... semua pakai timbang... so senang je..

Bahan1
  • Sedikit Pewarna putih titanium untuk mendapatkan warna putih bersih dan
  • Pewarna (pink , hijau, biru, Purple) untuk dapatkan warna gambar.

Bahan 2
  • 20gm gelatin Halagel
  • 120gm air
  • 200gm susu pekat
  • 300gm white chocolate

Campurkan galatin dan air...kacau sebati dan larut... kemudian satukan susu dan coklat putih dan ketepikan..

Bahan 3
  • 300gm sirap glucose
  • 300gm gula
  • 150gm air
  1. Campurkan 3 bahan di atas dan kacau hingga gula cair dan larut menggunakan api sederhana. Kalau ada termometer pastikan capai 103c-104c baru tutup api dan alihkan ke tepi
  2. Kalau xde termometer.. pastikan air gula mendidih sekurang kurangnya 15 minit then baru tutup apinya. Pastikan gula tidak berubah warna menjadi perang... kalau perang.. anda dah gagal..
  3. Masukan bahan 2 ke dalam larutan air gula (bahan 3) Masukkan warna putih titanium. Gunakan handmixer untuk membuang buih.
  4. Tapiskan semua bahan tadi.
    Kemudian masukkan pewarna kesukaan anda. kacau ala kadar sahaja.
  5. Pada suhu 37c tuangkan mirror gaze pada kek dan biarkan selama 15minit...

Related Posts

0 comments:

Post a Comment