Resepi Ayam Szechuan Danita Style

shares |

Resepi Ayam Szechuan Danita's Style
Resepi Ayam Szechuan Danita's Style

Resepi Ayam Szechuan Danita's Style

Bahan-Bahan:

  • 400 gram isi ayam - di potong sederhana kecil
  • Sedikit daun bawang dipotong
  • Kacang gajus ..optional....
  • Lobak merah. ...optional...
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 labu bawang besar - ddipotong
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1/2 biji lada capsicum merah - potong
  • 1/2 biji lada capsicum hikau.-potong
  • 1/2 biji lada capsicum kuning -potong
  • 5 batang cili kering - di potong 2 cm
  • 2 sudu makan - sos tiram
  • 1/2 cawan kicap lemak manis atau kicap hitam
  • 4 sudu makan - sos tomato
  • 1 camca teh serbuk lada hitam..optional..
  • sedikit air - dalam 3/4 cawan sahaja
  • garam jika perlu - sedikit sahaja sebab semua sos2 di atas dah ada perasa.
  • sedikit minyak masak untuk menumis.

Kongsi Resepi Ayam Szechuan Danita's Style

Cara Cara Membuat Resepi Ayam:
Ayam diperasakan dgn oyster perasa dan tepung jagung dan perap selama 30 minit ...gorengkan ayam separuh masak. jagn sampai terlebih masak nanti akan keras .angkat dan toskan ketepikan..

  1. Dgn minyak sama dlm dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang hingga berbau harum dan perang sedikit .
  2. masukkan bawang besar dan halia hiris, balik2kan masukkan pula cili kering yang dipotong tadi. Kacau pantas jangan sampai cili kering hangus sebab cili kering cepat garing, masukkan juga lada capsicum.
  3. Masukkan pula ayam balik2kan hingga ayam serasi dan masukkan air sikit demi sikit jika terlalu kering. Masukkan garam dan kicap dan perasa secukupnya. Padamkan api dan hidangkan panas2 bersama nasi panas, kalau suka boleh hiaskan kacang gajus yg digoreng sedap cuba lah kawan2..

Related Posts

0 comments:

Post a Comment