Resepi Kek Alaska Manggo Cheesecake Sedap Dan Mudah

shares |

Resepi Kek Alaska Manggo Cheesecake Sedap Dan Mudah
Resepi Kek Alaska Manggo Cheesecake Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Chococheeze Snowy Cheese Cake

Bahan A
  • 50gm Tepung Naik Sendiri
  • 30gm Tepung Jagung
  • 50gm Gula Kastor
  • 25ml Susu cair / Sejat / Full Cream (Sejuk)
  • 3biji Telur B
  • 2sdb Ovelet
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 30gm Butter (dicairkan)

Kongsi Resepi Kek Alaska Manggo Cheesecake Sedap Dan Mudah

Cara cara
  1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. KECUALI butter yang dah dicairkan
  2. Pukul semua bahan hingga kembang (dari kuning bertukar putih)
  3. Masukkan butter. Kaup balikkan.
  4. Bakar 175c selama 20-30minit.
  5. Sejukkan dan potong kepada 2 bahagian (1 bahagian tak digunakan)
  6. Masukkan potongan kek dalam loyang 8" dan ketepikan.

ATAU

Bahan A
  • 250GM Biskut Merrie / Oreo / Oigestive
  • 125gm Butter (dicairkan)

Cara cara
  1. Hancurkan biskut hingga jadi butiran pasir. Masukkan butter. 
  2. Tuang adunan dalam loyang 8" padat dan ratakan. 
  3. Simpan seketika dalam peti sejuk

Bahan B
  • 3 biji mangga (potong dadu)
  • 250gm Cream Cheese
  • 1cawan GulaHalus
  • 2 1/2 sdb Galetin
  • 1/4 cawan air panas
  • 2sdb esen mangga
  • 2 cawan Double Cream ( saya guna UHT anchor Whipping Cream)
  • 2 cawan Fresh Cream (saya guna jenama Vivo)

Hiasan
  • Sedkit fresh cream di pukul kembang
  • Sedikit daun pudina atau daun selasih
  • Sedikit mangga (potong dadu)

Cara cara
  1. Larutkan galetin dengan air panas. Ketepikan
  2. Pukul gula dan cream cheese hingga kembang dalam bekas besar.
  3. Masukkan geletin dan pukul hingga sebati.
  4. Pukul double cream hingga bertanduk dan ketepikan.
  5. Pukul fresh cream hingga kembang (bila bekas diterbalikkan adunah tak jatuh).
  6. Tuang semua bahan (adunan cream cheese, double cream dan fresh cream) beserta mangga dan esen bangga. Kaup balikkan hingga rata. 
  7. Tuang dalam loyang. Dan simpan semalaman dalam peti sejuk.
  8. Hiaskan ikut kreativiti masing2

Note:
Guna esen mangga untuk dapatkan kek yg putih melepak

Kalau takde esen mangga anda boleh blandkan 11/2 biji mangga dengan 1/4 cawan gula dan 1/4 cawan air. Campur dalam adunan cheese untuk dipukul bersama. Warna kek akan sedikit kekuningan

Related Posts

0 comments:

Post a Comment